Pemenang geran filem FFF2023 menjelajah penentangan para drag artist terhadap penyekatan seksualiti

Category
Tags
Share

Zinc Chew, salah seorang pemenang geran filem FFF2023, mengingati pengalaman peribadinya dengan undang-undang dan kehadiran yang ngeri jentera negeri di ruang peribadi apabila mendapat tahu tentang serbuan terkenal di REXKL tahun lepas. Terutamanya cara undang-undang di Malaysia digunakan untuk menyekat identiti komuniti marginal. Peristiwa ini membuatkan Zinc ingin tahu tentang kisah-kisah para drag artist yang telah menganjurkan acara itu dan bagaimana mereka akan terus menggiatkan seni mereka ketika menghadapi penindasan sedemikian.

Poster of 'Why Freedom?', an initiative under Social Films For Social Change.  Along with a mixed media graphic of grant winner, Zinc Chew.

Pada lewat malam 30 Oktober 2022, Zinc mendapat berita bahawa polis sedang menyerbu parti Halloween yang dianjurkan oleh Shagrilla, sebuah kolektif drag artist. Zinc bergegas ke tempat itu, tetapi terlewat. Parti itu sudah ditamatkan. Raut wajah peserta parti, pastinya hanya ceria beberapa saat sebelum ini, mengingatkan Zinc tentang pengalaman peribadinya yang trauma.

Dahulu Zink pernah diugut dengan Seksyen 377D Kanun Keseksaan oleh polis. Undang-undang tersebut merujuk kepada “perbuatan kelucahan melampau” dan digunakan untuk: “Mana-mana orang yang, secara terbuka atau peribadi, melakukan, atau bersubahat melakukan, atau mendapatkan atau cuba mendapatkan pelakuan oleh mana-mana orang, apa-apa perbuatan kelucahan terlampau dengan orang lain”. Perkataan yang samar-samar ini merangkumi spektrum perbuatan intim yang luas, malah berciuman, walaupun antara orang dewasa yang rela.

Menerusi filemnya ‘I Want To Break Free’, Zinc berharap dapat menunjukkan bagaimana komuniti para drag artist merunding undang-undang yang samar-samar ini untuk mengekalkan kebebasan dalam usaha seni mereka.

FFF2023 grant winner, Zinc Chew along with the judges; Zurairi A.R, Nadia Khan & Jason Wee posing together with fellow grant winner, Joshua Inberaj Dewet.

They are standing next to each other with a Social Films For Social Change bunting between them.
Zinc bersama para juri; Zurairi A.R, Nadia Khan & Jason Wee bersama rakan pemenang geran, Joshua Inberaj Dewet.

Kenali Zinc Chew

Kami bertanya kepada Zinc lebih lanjut tentang cara cerita ini menarik perhatiannya, bagaimana dia akan memastikan subjeknya selamat dalam iklim yang mengancam dan kemahiran yang dia bawa ke meja sebagai seorang wartawan.

1. Apakah yang menarik minat anda untuk menceritakan kisah ini? Adakah anda mempunyai hubungan peribadi dengan sesiapa yang terlibat dalam kejadian itu?

Saya pernah diugut oleh pegawai polis untuk didakwa di bawah Kanun Keseksaan 377D “kelucahan melampau”. Saya kemudiannya menyedari bahawa ia adalah perwujudani kepolisan seksualiti yang dikendalikan oleh kerajaan. Ya, memang trauma, tetapi apa yang terlintas di fikiran saya ialah apa yang pegawai itu berkata, “nasib baik bukan Melayu, kalau tidak pergi ke Mahkamah Syariah”.

Saya rasa amat teruk [bila mendengar itu], rasa nak muntah. Saya sedar pada ketika itu bahawa saya terpaksa menghadapi penghinaan sedemikian sebagai seorang wanita cis dan bukan Islam. Apa lagi yang dihadapi oleh komuniti LGBTQ Islam di bawah undang-undang kepolisan seksualiti Malaysia yang keras?

Apabila serbuan REXKL berlaku, saya melihat beberapa siaran media sosial yang melaporkan kejadian itu secara langsung di Twitter dan saya bergegas ke tempat itu tetapi parti itu sudah pun ditamatkan secara paksa. Saya sangat kenali perasaan yang terpapar pada wajah mereka.

Masa tu saya ada idea nak buat dokumentari. Nasib baik melalui rakan-rakan, saya dapat mengenali semua drag artist tersebut dan mengenali intipati komuniti tersebut— ketabahan dan semangat yang mendorong mereka untuk mengekalkan komuniti itu, bagaimana kumpulan orang yang rapat ini menyokong satu sama lain supaya mereka masih mempunyai ruang untuk ekspresi diri dan terus wujud dengan bangga.

Zinc Chew during the Freedom Film Grant pitch 2023.  She is standing next to a TV screen where a page from her deck is visible and reads 'Why This Story, Why Me, And Why Freedom'
Zinc semasa sesi pitching

2. Mengapakah anda rasa ini masa yang sesuai untuk menceritakan kisah ini?

Sejujurnya, saya tidak pasti sama ada ia adalah masa yang sesuai. Namun dengan insiden kepolisan seksualiti yang berulang, seperti kerajaan merampas jam tangan koleksi Pride dari Swatch dan membatalkan festival Good Vibes, saya rasa ini adalah kisah yang perlu diceritakan.

Cerita-cerita yang pernah dibuat tentang komuniti drag artist Malaysia sering menggambarkan mereka sebagai mangsa atau sekadar orang ‘eksotik’ yang memberi inspirasi, tetapi mereka jauh lebih daripada itu. Mudah-mudahan, kita dapat menceritakan kisah itu dengan cara yang menunjukkan kerumitan dan keunikan hidup mereka.

3. Iklim politik tidak menunjukkan tanda-tanda menjadi lebig mesra terhadap komuniti LGBTQ, adakah anda sedang memikirkan cara untuk memastikan keselamatan profil anda?

Kami telah menghubungi NGO untuk mendapatkan bimbingan dari segi undang-undang. Sekurang-kurangnya, kami akan merahsiakan tempat [perfileman], memberi taklimat kepada profil tentang potensi risiko dan memastikan mereka benar-benar selesa untuk diketengahkan.

 4. Adakah terdapat gaya visual yang anda bayangkan untuk filem anda?

Kami akan menuju ke arah mixed media, menggabungkan gambar, ilustrasi, dan format visual dan kamera yang berbeza. Disebabkan komuniti drag artist adalah sangat kreatif, kami mahu memasukkan idea mereka ke dalam dokumentari! Ia akan menjadi seperti karya kolaboratif (teruja!)

5. Adakah terdapat mana-mana dokumentari yang menjadi inspirasi untuk anda?

Filem klasik – Paris Is Burning, dan filem oleh Yorgos Lanthimos, Julian Klincewicz, Yang Li-chou, “Small Talk” dan “Endless Poetry“.

6. Bagaimanakah kemahiran dan pengalaman anda sebagai seorang wartawan akan membantu anda dalam pembikinan filem anda?st help you in making your film?

Walaupun kedengaran klise, boleh katakan empati— keupayaan untuk melihat sebahagian daripada diri saya dalam jiwa orang di hadapan saya dan memahami perspektifnya. Sudah tentu, kemahiran teknikal adalah bonus yang hebat.

7. Apakah kemahiran yang anda harap dapat berkembang melalui pengalaman ini?

Keupayaan untuk mempercayai proses, walaupun semuanya kelihatan huru-hara dan apabila skrip tidak mempunyai proses linear. Sekarang saya terlalu bergantung pada rancangan atau sudut cerita tertentu. Tetapi realitinya adalah rumit.


Saya berharap untuk menjadi lebih tenang dengan ketidakselesaan menavigasi kerumitan. Membenarkan cerita terbongkar sendiri, dengar dengan teliti dan fokus pada cara terbaik untuk menyokong aliran dokumentari melalui teknik bercerita yang berbeza. Dan siapa tahu, mungkin saya akan belajar beberapa tarian daripada semua drag artist pada penghujung penggambaran? 😛

8. Pada pendapat anda, bagaimanakah filem ini mewakili tema “Mengapa Kebebasan?”

Kebebasan mencari suaranya melalui seni, dan drag adalah salah satu bentuk seni. Kita sepatutnya ada kebebasan seksualiti tanpa rasa takut menghadapi serbuan secara tiba-tiba. Undang-undang selalunya dianggap berpihak kepada kita dan menawarkan rasa selamat. Tetapi terdapat undang-undang sedia ada yang membolehkan pihak berkuasa mencerobohi ruang peribadi kami dan secara tidak adil menindas komuniti yang sudah terpinggir

Apakah sebenarnya kebebasan, jika kita memilih siapa yang mempunyai akses kepada kebebasan bersuara?

Filem Zinc yang bertajuk ‘I Want To Break Free’ akan ditayangkan di FreedomFilmFest 2024 bersama dua filem lain yang menerima geran ini.


Kata-kata dari juri FreedomFilmFest 2023 tentang Zinc Chew

Co-Founder
Architects of Diversity

“Kemahiran editorial yang hebat dan perspektif kreatif Zinc akan dapat menarik penonton dari pelbagai latar belakang ke arah memahami kisah peribadi yang mengelilingi serbuan REXKL pada Halloween lepas. Saya tidak sabar untuk mendengar cerita yang tidak dikisah sejak kini tentang mangsa keganasan kerajaan di layar perak.”

Setiap tahun festival ini terbuka untuk cadangan daripada pembikin filem dan aktivis yang berminat di seluruh Malaysia & Singapura yang mempunyai kisah yang ingin diceritakan. Dua cadangan yang dipilih akan memenangi geran filem sebanyak RM15,000 / SGD5,000 setiap satu untuk menerbitkan filem tersebut.

Pemilihan ini berdasarkan tema edisi ke-20 FreedomFilmFest ‘Why Freedom?’, yang menjawab persoalan mengapa kebebasan adalah penting untuk kita menjadi manusia sepenuhnya? Dan apa yang berlaku kepada persekitaran kita apabila kebebasan kita disekat?

Related News & Stories