Gerakan mereformasikan sistem penapisan filem Malaysia

Inisiatif ini berasaskan dua laporan terperinci yang ditugaskan oleh FFN pada 2020 tentang kerangka undang-undang penapisan filem dan kesan terhadap industri filem di Malaysia.

Kami berharap dengan mengetengahkan masalah-masalah utama dan memberikan cadangan penyelesaian, kami akan dapat menjalin hubungan dengan pihak berkepentingan untuk membangun masa depan yang lebih gemilang bagi industri film Malaysia, sekaligus menjamin kebebasan kandungan kreatif.

Tuntutan Kami:

01
Filem tidak ditapis dan hanya diklasifikasi mengikut umur penonton, terutamanya untuk kanak-kanak.

02
Garis panduan penapisan mesti tepat, konsisten dan mudah digunakan. Sekatan kandungan hanya berdasarkan undang-undang sedia ada dan menurut piawan kebebasan bersuara antarabangsa.

03
Filem dikawalselia oleh badan yang diwakili ahli industri, karyawan dan masyarakat sivil, dan bebas daripada pengaruh kerajaan.

04
Profesionalisme, ketelusan dan kebertanggungjawaban adalah prinsip di dalam badan baru. Setiap ahli badan ini wajib mempunyai kelayakan di dalam industri filem dan proses membuat keputusan adalah telus dan boleh disemak di mahkamah.

05
Dasar filem baru yang meraikan kepelbagaian dan kesaksamaan disamping mendukung kreativiti dan keterbukaan minda demi membangunkan masyarakat Malaysia yang matang, kritis dan harmoni.

Masalah Sistem Penapisan Filem Sekarang

Sistem Penapisan Filem Dan Anda

Ketahui bagaimana Sistem Penapisan Filem mengekang anda sebagai pembikin filem.

Impak Penapisan Terhadap Filem

Pembikin filem Malaysia bercerita tentang kesan sistem penapisan terhadap karya dan industri mereka.

Tonton, Kongsi Dan Bincang

Kisah pembikin filem “indie”, Nasir Jani, yang digam penguasa zaman Mahathirisme kerana menentang korupsi, cetak rompak dan penapisan. Pengimbasan Nasir Jani diiringi oleh pembikin muda Amanda Nell Eu dan Steven Sarath Babu yang bercerita tentang penapisan filem zaman sekarang.

Mainkan Video