Dibawakan bersama:
Dibiayai bersama:
26/11/2021 - 5/12/2021

PESTA TUT “Tak Usah Tutup-Tutup” adalah koleksi acara kreatif yang mengajak orang awam untuk berfikir dan berbincang tentang kegusaran, kepentingan dan aspirasi kita mengenai sistem penapisan filem. Ia adalah sebahagian daripada initiatif Bebaskan Filem, Merdekakan Minda Rakyat yang diterajui oleh Freedom Film Network.

Apabila disebut secara lisan, TUT (atau toot) menyerupai bunyi yang dikeluarkan di televisyen apabila sebuah perkataan yang tidak disenangi ditapis. Tetapi TUT adalah singkatan bagi klasifikasi ‘Tidak diluluskan Untuk Tayangan’ yang dikeluarkan Lembaga Penapisan Filem untuk filem yang dikatakan tidak boleh ditayang di tempat awam. Sebaliknya pesta ini mencadangkan maksud alternatif untuk TUT iaitu – Tak Usah Tutup-tutup, atau tak payah nak censor.  

Pesta ini hadir di kala rakyat sudah menukar cara mereka menonton filem di dalam era internet dan saluran streaming tetapi sistem penapisan filem kita masih terbelakang. Ia memberi impak yang sangat besar terhadap kebolehan berkarya dan merencatkan pertumbuhan industri filem tempatan. 

Tidak kurang penting adalah impak sistem penapisan filem terhadap masyarakat di mana ia tidak memelihara kepentingan awam kerana ia menghadkan kebebasan dan akses kepada maklumat dan perspektif kritikal yang disampaikan melalui filem.

PESTA TUT “Tak Usah Tutup-Tutup” is a curation of creative events to enable the public to reflect and engage in a discussion with one another on our shared concerns, priorities and aspirations with regards to film censorship. It is a part of Freedom Film Network’s “Bebaskan Filem, Merdekakan Minda” movement.

When spoken aloud, TUT (or toot) connotes a word that is inappropriate/ censored out. It also stands for “Tak Diluluskan Untuk Tayangan”, a classification for films that are banned from public screenings by the Lembaga Penapisan Filem. This festival advocates for an alternate TUT – “Tak Usah Tutup-Tutup” – not necessary to censor.  

The way we consume information and films have changed in the era of the internet and streaming but film regulation in Malaysia has not caught up – severely impacting the freedom of expression of filmmakers and creating unnecessary obstacles to the growth of our film industry. 

Equally as important, we believe that the current system does not effectively protect public interest and, on the contrary, could be restricting our right and freedom to access critical information and content through films.