PENYERTAAN DITUTUP

Kriteria Pemilihan

Filem yang terpilih juga berpeluang untuk menang anugerah berikut:

Setiap pemenang anugerah akan menerima Anugerah Justin Louis, hasil karya suku Orang Asli Mah Meri Pulau Carey, Selangor.

Syarat Penyertaan

Yuran Penyertaan

Pengecualian bayaran akan diutamakan kepada pembikin filem komuniti, aktivis, dan filem tanpa tajaan.

Jika anda termasuk dalam kategori berikut dan perlu pengecualian bayaran, sila emel kami di
[email protected] dengan subjek emel “Call 4 Entries: Request for Waiver Fee” dengan penjelasan ringkas anda.

Terma & Syarat

  1. Anda mempunyai hak penuh atau mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik filem untuk menyertai FreedomFilmFest 2024.
  2. Anda memberi kebenaran kepada FreedomFilmFest untuk menayangkan filem anda di tayangan festival (maya atau fizikal) dan juga untuk tujuan promosi festival.
  3. Anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar.
  4. Penyertaan anda akan dibatalkan jika maklumat yang diberikan tidak tepat.

PENYERTAAN DITUTUP

Kelayakan

  • Penduduk Malaysia atau Singapura.
  • Haruslah sebuah cerita lokal.
  • Aktivis dan pendukung kempen digalakkan.

Kriteria Pemilihan

  • Protagonis yang menambat perhatian dan menarik.
  • Naratif dan penceritaan yang kreatif.
  • Kandungan cerita yang membawakan perspektif hak asasi manusia dan keadilan sosial.
  • Filem ini boleh digunakan dalam kempen untuk membawa kesedaran dan impak sosial.
  • Kisah-kisah rakyat biasa yang positif dan memperkasakan komuniti.
  • Cerita tentang wanita dan masyarakat Orang Asli/Asal adalah digalakkan.

Format & Produksi

  • Tempoh filem 20 minit.
  • Dokumentari kreatif
  • Filem mesti disiapkan dan ditayangkan di FreedomFilmFest pada Julai 2024 (tarikh akan diumumkan kemudian).

Maklumat Geran

  • RM10,000 – RM15,000 bagi setiap filem / 3 geran disediakan untuk penduduk Malaysia.
  • SGD5,000 bagi setiap filem / 1 geran tersedia untuk warganegara Singapura.
  • Sokongan peralatan dan penghasilan filem tersedia jika perlu.
  • Mentor daripada pembikin filem profesional antarabangsa.