“Cinema is a mirror by which we often see ourselves.”
— Alejandro Gonzalez Inarritu, Mexican filmmaker

Bebaskan Filem, Berkarya Demi Kebenaran

Pengenalan

Sebagai pembikin filem sosial, karya kami untuk menarik perhatian kepada isu-isu masyarakat dan memberi suara kepada mereka yang seringkali diabaikan. Mereka seperti pencuci hospital, Orang Asal, anak kecil yang tidak dapat bersekolah, keluarga banduan yang dihukum maut, warga emas terbiar dan pesawah yang merana.

Filem kami bagi mendorong kepada perubahan sosial yang damai, rahmah, inklusif dan adil. Malangnya, karya-karya tersebut tidak dapat ditayangkan di televisyen dan pawagan di bawah sistem penapisan sedia ada.

Oleh itu kami telah memulakan inisiatif untuk mengkaji dan merancang untuk mengubah sistem penapisan sekarang kepada satu sistem yang lebih baik. Kami sedang menemui dan mengajak pembikin filem yang lain, kumpulan seni, NGO, agensi kerajaan dan orang awam untuk turut serta dalam proses ini ke arah satu sistem penapisan yang adil, inklusif dan yang mementingkan masyarakat.

Tayangan Khas

Filem Nasir Jani Melawan Lembaga Puaka

Seorang ikon industri filem Malaysia mengimbas kembali pengalamannya bersilat dengan system penapisan filem negara yang mengekang dan kompleks.

Penting

Kebebasan berkarya menolak kandungan lucah, ekstrem, kebencian dan hasutan terhadap mana-mana agama, komuniti etnik, jantina dan kumpulan tertentu.

Soalan Lazim

Sistem penapisan filem Malaysia sangat luas dan menentukan apa yang kita tonton di pawagam dan televisyen – dua pentas yang amat penting dalam membentuk minda masyarakat.
Kuasa kerajaan yang luas bermaksud apa-apa bentuk rakaman untuk tontonan awam seperti dokumentari, kartun kanak-kanak, iklan dan ceramah pendidikan mungkin perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu.

Kuasa kerajaan sangat besar terhadap penapisan dan ini menghasilkan budaya takut atau “culture of fear” di kalangan industri filem dan masyarakat.

Sistem sekarang berdasarkan Akta Penapisan Filem (APF) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Sistem ini di bawah Kementerian Dalam Negeri, badan yang juga mentadbir polis, imigresen dan penjara. Menteri dan LPF mempunyai kuasa mutlak terhadap kandungan filem. Keputusan mereka dikatakan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Apa-apa video untuk tontonan umum perlu dihantar ke kerajaan dahulu untuk ditapis sebelum disiarkan. Ini tidak berlaku kepada muzik, surat khabar, buku atau kandungan dalam talian ‘online’.

  • Menyimpan sesuatu filem untuk tontonan umum yang belum di tapis LPF di komputer, tablet, thumb drive atau smart phone.
  • Berkongsi filem tersebut secara meluas dengan rakan-rakan atau kakitangan tempat kerja melalui thumb drive, CD atau DVD.
  • Menayang filem tersebut walaupun dalam kumpulan seperti kelas pendidikan, ceramah agama, latihan syarikat.

Semua aktiviti ini mungkin dikenakan tindakan di bawah sistem penapisan sekarang.

Sesiapa yang menghasilkan filem atau video untuk tontonan umum bakal melakukan jenyah sekiranya tidak menghantar karya tersebut untuk penapisan 14 hari setelah ia siap. Ini sebelum karya tersebut ditayangkan.

 

Ini tidak berlaku kepada bahan media yang lain.Sistem sekarang tidak menyebelahi masyarakat. Ia boleh digunakkan untuk menutup suara-suara alternatif, pandangan minoriti dan mereka yang kritikal terhadap kerajaan sedia ada.

Sistem sekarang tidak membangunkan masyarakat yang kreatif dan berfikiran matang, sesuai dengan dunia digital yang amat mencabar.

Undang-undang yang sangat luas menjadikan apa-apa filem untuk tayangan umum dikawal kerajaan sebelum ia disiarkan.

Kerajaan boleh tentukan apa dialog, video, jalan cerita dan pesanan sesuatu filem sebelum ia ditayang. Ini tidak berlaku pada muzik, surat khabar, buku atau kandungan dalam talian. Menghasilkan budaya takut (culture of fear) di kalangan industri filem dan TV di mana mereka hanya akan hasilkan karya yang menepati citarasa kerajaan sedia ada.

Karya yang dihasilkan tidak akan mengandungi suara dan padangan
alternatif mengenai isu nasional atau kritikan terhadap kerajaan sedia ada. Ini termasuk kritikan terhadap sistem penapisan itu sendiri.

Pinda akta supaya berkongsi, memiliki dan menyiarkan filem tanpa kebenaran kerajaan bukan lagi satu jenayah.

 

Gantikan sistem penapisan dengan sistem “ratings” atau klasifikasi. Filem tidak dipotong tetapi dihadkan kepada penonton mengikut umur mereka.

Wujudkan sistem baru yang menyuburkan daya kreativ masyrakat dan menghormati pandangan yang berlainan sesuai dengan nilai-nilai hak asasi manusia. Semua jenis kandungan – dalam dan luar talian – dipantau oleh badan seperti Forum Kandungan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Tidak. Sistem baru masih mengharamkan bahan lucah, ganas dan kandungan yang menghasut kepada kebencian (hate speech) terhadap agama, komuniti, jantina dan kumpulan tertentu.

 

Bahan tersebut juga masih dikawal oleh undang-undangn lain. Sistem baru mempunyai badan aduan untuk meneliti maklumbalas awam mengenai kandungan filem, sama seperti agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sekarang.

Sistem baru memastikkan pembikin filem dapat kebebasan untuk berkarya dan masyarakat dapat menonton kandungan yang ilmiah dan membuka minda.