Finas Act must be reformed to protect freedom of expression

Category
Tags
Share

We, the undersigned organisations and individuals, welcome Communication and Multimedia Minister Saifuddin Abdullah’s pledge that the government will not be using the National Film Development Corporation Malaysia Act 1981 (Finas Act or Akta 244) to infringe on personal freedom on social media. This comes after his shocking statement in Parliament yesterday that all film production in Malaysia, be it by mainstream media broadcasting or personal social media, must have a filming license.

The minister has since affirmed that social media users will be free to produce and upload videos online without needing a license or being in fear of prosecution from the National Film Development Corporation Malaysia (Finas), the central government authority for the development of the local film industry. He iterated that there is a need for many of the laws under the purview of his ministry, including the Finas Act, to be reviewed and updated. He has also pledged to amend the Finas Act to keep with the times.

In that spirit, we would like to highlight some pertinent issues and related suggestions:

1. The licensing jurisdiction in the Finas Act needs to be clearly defined. Currently, the law could be interpreted to cover all forms of “film productions”; its definition of “films” includes feature films, short films, trailers, documentaries, moving images, films that have sound or do not and films that are meant for public viewing or otherwise. It is also silent on platforms so it could cover cinema, digital, public or private film production and screening. This means that “film production” could technically refer to a home-made video shot on a handphone to a multi-million ringgit movie production for cinema screening. The definition of “film production” will have to be amended and clearly defined to prevent the risk of the Finas Act being used arbitrarily depending on the “intentions” of the government.

2. There needs to be a clear justification of the purpose of licensing – for instance, for collecting data, planning or filmmaker funding purposes. These requirements should also be matched and limited to stated needs. The Finas Act’s current requirement for companies to have at least RM50,000 paid-up capital in order to qualify for a film or video production license has long caused anxiety and dissatisfaction among young and independent filmmakers making non-commercial films who do not have the financial requirements. This requirement will have to be removed from the law. Otherwise, it will result in a drop in the number and quality of films, including documentaries, and severely impact the growth of the film industry in Malaysia.

3. News production companies such as Al Jazeera should not fall under the purview of the Finas Act if they are already accredited as media by the Information Department. It is also noteworthy that any decision on the case of the Al Jazeera “Locked Up In Malaysia’s Lockdown” documentary will act as a precedent and has the potential for misuse as it could be used arbitrarily on any production, including those screened online, as long as it is deemed as questioning or being critical of the State. Furthermore, it has the potential to create a climate of fear and censorship among filmmakers and drive away international production and film companies from investing and setting up operations in Malaysia.

4. The licensing of films by Finas must not be used as a form of control and censorship. The recent reported remark by Zakaria Abdul Hamid, the chairperson of Finas, that all video recordings must have a license from his agency to ensure said video recordings do not “incite unrest or cause a public nuisance” is very telling of how Finas perceives its role. This is also clearly indicative of: (i) an overlap of roles between Finas, the Malaysian Communications and Multimedia Commission and the Film Censorship Board; (ii) a breach of the covenant of industry self-regulation under the Communications and Multimedia Act, and; (iii) a double layer of censorship and film content control.

We appeal to Finas to stay true to its role of “uplifting, nurturing and facilitating” the development of the Malaysian film industry, as stated in Section 6 (1) of the Finas Act, and not function against the interest of filmmakers. If Finas enforces regulations under the law to censor and penalise filmmakers, it will go against its own objective and purpose. It is imperative that Finas not allow itself to be used as a tool by the current regime to silence dissent and target media companies like Al Jazeera simply because their documentary places the State in an unfavourable light.

On the other hand, the Communications and Multimedia Minister must immediately uphold his pledge to amend the Finas Act to protect freedom of expression and media freedom. As key and invested stakeholders and allies, we are willing to engage in a dialogue with the minister in order to seek a sustainable roadmap to align our laws to protect the right of freedom of expression and public interest.

24 July 2020

Issued by the Centre for Independent Journalism (CIJ) and Freedom Film Network (FFN)

Endorsed by the following organisations:

  1. EMPOWER Malaysia
  2. Gerakan Media Merdeka (Geramm)
  3. Global Bersih
  4. ENGAGE
  5. Engage Media
  6. Justice for Sisters
  7. Komuniti Filem Titiwangsa (Komfit)
  8. KRYSS Network 
  9. Malaysian Documentary Association (MYDOCS)
  10. North-South Initiative (NSI)
  11. Our Journey
  12. Pangrok Sulap
  13. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  14. Pusat Komas
  15. ReformARTsi (An arts coalition comprising 117 members, of which 55 are from art groups or companies)
  16. Sabah Reform Initiative (SARI)
  17. Sisters in Islam (SIS)
  18. SUARA Community Filmmaking
  19. Taskforce Against Kaiduan Dam (TaKaD)
  20. The Instant Cafe Theatre Company

Endorsed by the following individuals

  1. Amir Muhammad [Kuman Pictures Sdn Bhd]
  2. Azmyl Yunor [Artist and academician]
  3. Bea Tanaka [Producer]
  4. Hariati Azizan [Journalist]
  5. Iskander Azizuddin [Feisk Productions]
  6. Jerome Kugan
  7. Loo Hong Chuang [Academician]
  8. Nadira Ilana [Telan Bulan Films]
  9. Nandhita Solomon [Creative producer]
  10. Susan Lankester [Actor, producer and director, BWC Pictures]
  11. Yow Chong Lee [Filmmaker and academician]

For media inquiries, contact Vinodh Pillai at [email protected]

Akta Finas mesti diperbaharui bagi melindungi kebebasan bersuara

Kami, penandatangan organisasi-organisasi dan individu-individu di bawah, menyambut baik janji daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah, bahawa kerajaan tidak akan menggunakan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta Finas atau Akta 244) untuk melanggar kebebasan peribadi di media sosial. Berita ini timbul selepas kenyataan beliau yang memeranjatkan di sidang Dewan Rakyat semalam bahawa semula pengeluaran filem di Malaysia, samada di aliran utama media untuk penyiaran tradisional atau di media sosial peribadi, mesti memiliki lesen filem.

Kami juga ambil maklum bahawa menteri telahpun mengesahkan bahawa pengguna media sosial adalah bebas untuk menghasilkan dan memuatnaik video-video online tanpa memerlukan lesen atau berada di dalam ketakutan didakwa daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), badan kerajaan utama untuk memajukan industri filem tempatan. Menteri juga telah membuat kenyataan bahawa ada keperluan untuk beberapa undang-undang di bawah kuasa kementerian beliau, seperti Akta Finas, untuk dikemaskinikan. Beliau juga berjanji untuk meminda Akta Finas untuk menepati masa kini.

Di dalam semangat ini, kami ingin mengemukakan beberapa isu penting dan cadangan berkaitan:

1. Bidangkuasa lesen di bawah Akta Finas mesti diberi definasi yang jelas. Pada masa ini, undang-undang boleh ditafsirkan untuk merangkumi segala bentuk “pengeluaran filem”; definasi “filem” dalam Akta Finas termasuk filem cerita, filem pendek, treler, dokumentari, imej bergerak, filem-filem yang ada bunyi atau tidak dan filem-filem bukan untuk tayangan umum atau sebaliknya. Akta ini juga senyap berkenaan dengan “saluran media”; jadi, ia boleh merangkumi pengeluaran dan penayangan filem di pawagam, digital, awam atau persendirian. Ini bermakna bahawa pengeluaran filem boleh, secara teknikal, merangkumi video yang dibuat di rumah yang dirakam menggunakan telefon bimbit seseorang ataupun pengeluaran filem berjuta ringgit untuk tayangan di pawagam. Definasi “produksi filem” perlu dipinda dan dijelaskan untuk mengelakkan risiko Akta Finas digunakan secara sewenang-wenangnya bergantung kepada “niat” kerajaan.

2. Mesti ada justifikasi yang jelas untuk tujuan perlesenan – contohnya, untuk mengumpul data, perancangan atau mengumpul dana bagi pembuat filem. Keperluan-keperluan ini mesti sama dan terhad kepada tujuan yang dinyatakan. Selain itu, keperluan di bawah Akta Finas pada masa ini bahawa syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya RM50,000.00 kapital berbayar untuk dilayakkan mendapat lesen filem atau pengeluaran video telah menyebabkan kebimbangan dan ketidakpuashatian di kalangan pembuat filem yang muda, bebas dan bukan komersil yang tidak mempunyai keperluan kewangan tersebut. Keperluan ini mesti disingkir daripada undang-undang; jika tidak, ia akan mengurangkan kuantiti dan kualiti filem-filem tempatan termasuk dokumentari, serta mempunyai impak yang teruk kepada perkembangan filem industri di Malaysia.

3. Syarikat pengeluaran berita seperti Al Jazeera tidak sepatutnya jatuh di bawah bidang kuasa Akta Finas jika mereka telah dikreditasikan sebagai media oleh Jabatan Penerangan. Adalah juga maklum bahawa sebarang keputusan terhadap kes Al Jazeera di dalam dokumentari “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” akan menjadi preseden dan mempunyai potensi untuk disalahguna, memandangkan ia boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya ke atas sebarang produksi, termasuk filem atas talian, selagi ia dianggap sebagai mempersoalkan dan mengkritik kerajaan. Sehubungan itu, ia berpotensi untuk mencetus ketakutan dan kerisauan terhadap penapisan filem yang tidak semena di kalangan pembikin filem dan menghalau syarikat produksi dan filem antarabangsa daripada melabur dan menubuhkan operasi di Malaysia.

4. Perlesenan oleh Finas tidak boleh digunakan sebagai alat kawalan dan penapisKenyataan yang dibuat oleh Zakaria Abdul Hamid, pengerusi Finas,  bahawa semua rakaman video mesti mendapatkan lesen daripada agensi beliau bagi memastikan rakaman video tersebut tidak mencetuskan kerusuhan atau menyebabkan kekacauan awam menunjukkan bagaimana Finas melihat fungsinya. Ini menunjukkan secara jelas bahawa: (i) terdapat pertindihan fungsi antara Finas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Lembaga Penapisan Filem; (ii) ia melanggar syarak kawal-selia sendiri industri yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia serta; (iii) terdapat dua lapisan penapisan dan kawalan kandungan filem.

Kami merayu kepada Finas untuk kekal kepada fungsinya yang sebenar iaitu “meningkatkan, memupuk dan membantu” perkembangan industri filem di Malaysia, seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 6(1) Akta Finas, dan bukan berfungsi bertentangan dengan kepentingan pembuat filem. Jika Finas melaksanakan regulasi-regulasi di bawah undang-undang untuk menapis dan menghukum pembuat-pembuat filem, ia adalah bertentangan dengan objektif dan tujuannya sendiri. Oleh itu, Finas tidak boleh membiarkan agensi Finas digunakan sebagai alat oleh pemerintah pada masa ini untuk mendiamkan pembangkang dan menyasarkan syarikat media seperti Al Jazeera hanya kerana dokumentari mereka meletakkan kerajaan di bawah anggapan yang buruk.

Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia mesti menegakkan secepat mungkin janji beliau untuk meminda Akta Finas, untuk melindungi kebebasan expressi dan kebebasan media. Sebagai pemegang kepentingan dan ahli sekutu, kami sedia berbincang di dalam dialog dengan menteri bagi mendapatkan pelan penyelesaian bagi menyelaraskan undang-undang kita untuk melindungi hak untuk kebebasan expressi dan kepentingan awam.

Julai 24 2020

Dikeluarkan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ atau Centre for Independent Journalism) dan Pertubuhan Perfileman Sosial Malaysia (FFN atau Freedom Film Network)

Disokong oleh organisasi-organisasi berikut:

  1. EMPOWER Malaysia
  2. Gerakan Media Merdeka (Geramm)
  3. Global Bersih
  4. ENGAGE
  5. Engage Media
  6. Justice for Sisters
  7. Komuniti Filem Titiwangsa (Komfit)
  8. KRYSS Network 
  9. Malaysian Documentary Association (MYDOCS)
  10. North-South Initiative (NSI)
  11. Our Journey
  12. Pangrok Sulap
  13. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  14. Pusat Komas
  15. ReformARTsi (An arts coalition comprising 117 members, of which 55 are from art groups or companies)
  16. Sabah Reform Initiative (SARI)
  17. Sisters in Islam (SIS)
  18. SUARA Community Filmmaking
  19. Taskforce Against Kaiduan Dam (TaKaD)
  20. The Instant Cafe Theatre Company

Disokong oleh individu-individu berikut:

  1. Amir Muhammad [Kuman Pictures Sdn Bhd]
  2. Azmyl Yunor [Artis dan ahli akademik]
  3. Bea Tanaka [Penerbit]
  4. Hariati Azizan [Wartawan]
  5. Iskander Azizuddin [Feisk Productions]
  6. Jerome Kugan
  7. Loo Hong Chuang [Ahli akademik]
  8. Nadira Ilana [Telan Bulan Films]
  9. Nandhita Solomon [Penerbit kreatif]
  10. Susan Lankester [Pelakon, penerbit dan pengarah, BWC Pictures]
  11. Yow Chong Lee [Pembikin filem and ahli akademik]

Untuk pertanyaan media, hubungi Vinodh Pillai di [email protected]

Related News & Stories