Kes
Mentega Terbang

Memahami Jalur Hasutan Kebencian dan Kemudaratan

#RuangSelamatUntukBekarya

Para pembikin filem indie Mentega Terbang telah menjadi sasaran penghasut kebencian dan kemudaratan di negara ini. Kerajaan dan pengguna media sosial sama-sama membuat serangan terhadap para pembikin filem tersebut. Apa yang bermula sebagai gangguan dalam talian, telah berkembang menjadi serangan secara fizikal luar talian. Dua kereta krew filem terbabit telah disimbah cat dan asid, dan kemungkinan banyak lagi ancaman dan keganasan yang akan berlaku.

Kes ini menggambarkan kelemahan sistem di negara ini untuk melindungi pengkarya dan hak kebebasan kreatif di Malaysia. Kerajaan gagal menjadi perantara untuk mencegah serangan dalam talian dan hasutan kebencian terhadap pasukan Mentega Terbang. Kegagalan oleh Kerajaan untuk memahami bahawa filem ini termasuk dalam hak kebebasan kreatif yang sepatutnya dilindung dan dipertahan, telah menyebabkan terjadinya ancaman dan gangguan terhadap para pembikin filem Mentega Terbang.

Namun, filem Mentega Terbang bukanlah karya kreatif pertama yang menjadi mangsa kepada mentaliti serangan beramai-ramai ini dan sikap tidak peduli Kerajaan. Karya kreatif yang membincangkan dan meneroka isu-isu yang dianggap sensitif di Malaysia sering kali menjadi sasaran gangguan oleh pihak berhaluan kanan. Jadi, bagaimana corak gangguan dan ancaman ini bermula? Dan bagaimana ia boleh berkembang daripada ancaman dalam media sosial kepada keganasan luar talian?

Kita harus mengenali corak gangguan ini, agar kita dapat:

Di bawah ialah garis masa peristiwa yang membawa kepada serangan fizikal ke atas kereta dua ahli pasukan Mentega Terbang:

In January 2023, the movie Mentega Terbang debuts on Viu, a Hong Kong based streaming service, two years after the film’s initial release. Then on 25 February 2023, Zabidi Mohamed a conservative scriptwriter and former Al-Arqam follower writes a Facebook post that claims Mentega Terbang is blasphemous to Islam. He goes on to make more than 40 posts about Mentega Terbang including posts that incite violence.

Zabidi’s post starts to gain traction among conservative influencers

25 February 2023: Rafidah Hanim, formerly part of the women’s wing of Islamist group ISMA, currently President of WAFIQ, a right wing women’s association reshares Zabidi’s post and says that there should be a law that allows JAKIM and LPF to work with MCMC to control media deemed insulting to Islam on the Internet

28 February 2023: Caprice, a Malaysian rapper and self-proclaimed defender of Islam makes a first post with reference to Zabidi’s post. Caprice regularly platforms right wing ideas and points of view. The post appears to legitimise Zabidi as an authority on the movie. Caprice makes a total of three posts about Mentega Terbang between 28 February and 4 March 2023.

4 March 2023: Multiple Twitter accounts publish identical tweets about Mentega Terbang. The implication of the tweets is that no action was taken by the Perikatan Nasional government and it is now up to the Anwar led government to take action. This narrative is repeated by Minister of Communications and Digital Fahmi Fadzil on March 5.

 

Pada Januari 2023, filem Mentega Terbang ditayangkan di Viu, sebuah perkhidmatan penstriman yang berpangkalan di Hong Kong, dua tahun selepas tayangan awal filem itu. Kemudian pada 25 Februari 2023, Zabidi Mohamed, seorang penulis skrip konservatif dan juga seorang bekas pengikut Al-Arqam, menulis Facebook post yang mendakwa filem Mentega Terbang menghina Islam. Beliau seterusnya membuat lebih 40 post mengenai Mentega Terbang termasuk post yang menghasut kepada keganasan.

Post Zabidi mula mendapat tarikan di kalangan pempengaruh media sosial yang bersifat konservatif

25 Februari 2023: Rafidah Hanim, yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada sayap wanita kumpulan Islamis ISMA, kini Presiden WAFIQ, sebuah persatuan wanita sayap kanan, berkongsi semula post Zabidi dan mengatakan bahawa perlu ada undang-undang yang membenarkan JAKIM dan LPF bekerjasama dengan SKMM bagi mengawal kandungan media yang dianggap menghina Islam di Internet.

28 Februari 2023: Caprice, seorang penyanyi rap Malaysia dan menganggap dirinya sebagai pembela agama Islam, dengan 1.4 juta pengikut membuat sebuah video di Instagram dengan merujuk kepada post Zabidi. Caprice kerap mengetengahkan idea dan sudut pandangan berhaluan kanan. Video Caprice itu seakan menjadikan Zabidi sebagai individu yang paling arif dan berhak untuk menghukum filem tersebut. Caprice membuat sejumlah tiga siaran video Instagram mengenai Mentega Terbang antara 28 Februari dan 4 Mac 2023.

4 Mac 2023: Beberapa akaun Twitter menghasilkan beberapa tweet yang serupa berkenaan Mentega Terbang. Implikasi tweet tersebut ialah, tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan Perikatan Nasional dan kini ia terpulang kepada kerajaan pimpinan Anwar untuk mengambil tindakan. Naratif ini diulangi oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, pada 5 Mac lalu.

Akibat ledakan kemarahan di media sosial, sama ada post yang tulen atau yang direka oleh pihak tertentu, sebanyak 8 laporan polis telah dibuat. Satu laporan oleh parti politik Putra dan satu lagi laporan oleh Persatuan Seniman Malaysia, sebuah persatuan pelakon.

28 Februari 2023: Putra, sebuah parti politik, membuat laporan polis mendakwa Mentega Terbang akan menyesatkan umat Islam dan menjejaskan akidah mereka.

3 Mac 2023: Seniman, sebuah persatuan pelakon mengumumkan dalam Instagram mereka bahawa mereka akan membuat laporan polis dan menjemput pengikut mereka untuk menyertai gerakan tersebut. Mereka mendakwa filem itu menghina Islam dan menghasut dalam beberapa adegan.

Pelbagai agensi kerajaan dan polis memulakan siasatan ke atas Mentega Terbang. Tindakan daripada pihak kerajaan cenderung untuk mengikut suara yang lantang dan melampau. Komen agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang mengkritik filem itu, mengukuhkan lagi mesej pihak-pihak yang membuat ugutan terhadap pembikin filem itu.

1 Mac 2023: JAKIM mengatakan bahawa filem itu bertentangan dengan akidah Islam.

5 Mac 2023: Fahmi Fadzil berkata beliau akan menyerahkan kepada FINAS dan SKMM untuk membuat siasatan ke atas Mentega Terbang. Siasatan FINAS adalah dari aspek pelesenan dan penerbitan.

6 Mac 2023: Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Md Nasir berkata bahawa FINAS akan menjalankan siasatan dan menasihatkan pembikin filem supaya lebih berhati-hati dengan kandungan kreatif yang mereka hasilkan.

10 Mac 2023: Polis memanggil Khairi Anwar, pengarah Mentega Terbang dan Arjun Thanaraju, pelakon dan penulis filem itu untuk disoal siasat di Bukit Aman.

14 Mac 2023: Meng Kheng, penerbit dan beberapa pelakon filem itu, termasuk Syumaila berusia 18 tahun yang memegang watak utama, dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka di Bukit Aman.

Sementara itu, tiada apa-apa tindakan diambil terhadap mereka yang membuat ugutan bunuh terhadap pasukan Mentega Terbang. Kerajaan mengambil tindakan berdiam diri mengenai ancaman terhadap pasukan Mentega Terbang.

Selepas dua setengah minggu gangguan di dalam media sosial yang bingit, serangan dalam talian menular kepada serangan luar talian.

16 Mac 2023: Kereta Khairi Anwar dan Arjun Thanaraju dirosakkan dengan cat dan asid. Surat layang dan ugutan yang mengancam mereka dan keselamatan keluarga mereka ditinggalkan berdekatan dengan kereta mereka berdua. Kedua-duanya telah membuat laporan polis dengan diiringi peguam mereka. Khairi menerima mesej teks yang mengancam untuk melanggarnya dengan kenderaan sehingga dia mati.

16 Mac 2023: Menteri Fahmi Fadzil berkata beliau mengutuk ugutan itu dan meminta rakyat Malaysia bertindak mengikut undang-undang. Walau bagaimanapun, beliau tidak berbicara tentang akibat atau tindakan lanjut terhadap mereka yang telah membuat ugutan. Julat dan aspek tindakan yang boleh diterima dalam undang-undang sangat bermasalah. Walaupun dibenarkan di dalam undang-undang untuk seseorang membuat laporan polis terhadap kandungan yang mereka anggap menyinggung perasaan, tetapi membuat laporan tersebut adalah tindak balas yang tidak demokratik.

Sifat pasif pihak berkuasa dan penyiasatan yang berat sebelah terhadap pembikin filem, akan membuka jalan kepada pengulangan corak dan kitaran gangguan dan keganasan yang sama pada masa hadapan.

21 Ogos 2023:  Kerajaan mengharamkan filem Mentega Terbang dan semua bahan publisiti berkaitan dengan filem tersebut melalui warta rasmi kerajaan dan menyatakan bahawa filem itu “bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia“.

8 Disember 2023: Khairi Anwar dan Tan Meng Kheng, penerbit filem itu, memfailkan semakan di Mahkamah Tinggi untuk memulakan cabaran undang-undang terhadap keputusan kerajaan untuk mengharamkan filem Mentega Terbang.

15 Januari 2024: Khairi Anwar dan Tan Meng Kheng menerima saman ke mahkamah bahawa mereka akan didakwa di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan. Seksyen 298 merujuk kepada sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain menerusi perkataan dan visual.

17 Januari 2024: Khairi Anwar dan Tan Meng Kheng didakwa di mahkamah majistret mengikut Seksyen 298. Ikat jamin ditetapkan pada RM6,000 dan RM6,500 masing-masing. Kedua-dua Khairi dan Tan telah diberi perintah larang suara oleh mahkamah, manakala Khairi mesti melaporkan diri di balai polis Kajang setiap bulan sebagai syarat jaminan. Peguam mereka memaklumkan kepada majistret bahawa mereka akan menghujahkan perlembagaan pertuduhan di Mahkamah Tinggi.

Bagaimana kita tahu bahawa post Zabidi adalah sebuah hasutan ke arah kemudaratan?

Analisis menggunakan Pelan Tindakan Rabat.

Di bawah merupakan sebuah analisis Facebook post Zabidi Mohamed menggunakan Pelan Tindakan Rabat. Pelan Tindakan Rabat ialah rangka kerja PBB mengenai larangan advokasi kebencian terhadap sesebuah negara, kaum atau agama yang mampu membentuk hasutan kepada diskriminasi, permusuhan atau keganasan. Rancangan Rabat menggariskan ujian ambang enam bahagian bagi menentukan sama ada hasutan kepada kebencian telah berlaku.

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan budaya dengan penduduk yang pelbagai dari sudut etnik dan agama. Walau bagaimanapun, penduduk negara ini mempunyai pendapat yang pelbagai dan bertentangan antara satu sama lain dalam isu kaum dan agama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ahli politik sering menggunakan isu kaum dan agama untuk menarik pengundi. Retorik yang semakin berpolarisasi ini telah meresap ke dalam masyarakat Malaysia, menyebabkan sikap tidak bertoleransi, meningkatkan sikap tidak peduli, membahayakan keharmonian antara etnik, dan menghakis perpaduan sosial.

Gangguan media sosial terhadap pembikin filem Mentega Terbang dimulakan dengan Facebook post 25 Februari oleh Zabidi Mohamed, seorang penulis skrip konservatif dengan 16,000 pengikut Facebook. Antara 25 Februari dan 18 Mac 2023, Zabidi telah membuat sebanyak 48 Facebook post mengenai Mentega Terbang. Kebanyakan postnya menimbulkan banyak perbincangan tetapi juga telah menimbulkan kebencian terhadap pembikin filem dan keluarga mereka. Dia juga muncul dalam beberapa wawancara media, mempertahankan pendapatnya dan menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pembikin filem dan mereka yang menghasilkan kandungan yang menghujat.

Niat post Zabidi ialah untuk mendedahkan filem, pembikin filem dan kesalahan mereka kepada khalayak yang lebih besar. Dia seakan tidak mempunyai niat untuk mengaturkan sebarang dialog atau mendapatkan komen bagi mendapatkan sebarang penjelasan daripada pembikin filem. Punca kebimbangan yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan slogan Zabidi seperti “demi Islam, saya akan lawan Mentega Terbang”. Pemesejannya yang konsisten dan berterusan mengenai isu ini telah menyebabkan kerosakan, kekacauan, dan menimbulkan risiko keselamatan kepada semua pihak yang terlibat dalam filem itu.

Facebook post pertama Zabidi pada 25 Februari mempunyai 15 perkara utama tentang mengapa filem itu menghujat. Walaupun post utamanya tidak termasuk dalam ucapan yang perlu dihadkan, post ini telah mewujudkan persekitaran dan respon yang bersifat permusuhan, dan ini akan membenarkan lebih banyak ancaman dan serangan terhadap pasukan Mentega Terbang. Post ini menghasilkan 5.5ribu reaksi, 2.3ribu ulasan dan sekitar 4.9ribu orang telah berkongsi post asal pada profil mereka.

Tambahan lagi, Zabidi juga menjatuhkan orang lain yang tidak sekepala dengan pendapatnya. Pelakon Malaysia Liyana Jasmay menyiarkan video TikTok menggesa rakyat Malaysia supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkara kecil. Zabidi menyiarkan semula video tersebut dengan kapsyen: “Orang telah memijak al-Quran di depan mata kita. Ia bukan ‘perkara kecil'”. Siaran itu mendapat 330ribu tontonan, 3.9ribu reaksi dan 4.7ribu ulasan.

Kebanyakan komen di bawah post itu menyokong pandangan Zabidi bahawa filem itu menghina Islam dan mengancam orang Melayu di Malaysia. Beberapa komen juga berbentuk ugutan bunuh terhadap pembikin filem.

Facebook post Zabidi dikongsi secara meluas oleh ramai orang. Kebanyakan video yang dia siarkan di Facebook mempunyai lebih banyak interaksi dan reaksi daripada pengikutnya. Selain itu, perkongsian postnya di platform-platform lain seperti Instagram dan TikTok juga menghasilkan lebih banyak komen berbaur kebencian terhadap pembikin filem, pelakon dan kru.

Selain serangan langsung terhadap pasukan produksi filem itu, komen-komen di media sosial juga bersasar pada mereka yang bersuara menentang ancaman dan serangan terhadap Mentega Terbang. Zabidi turut menyemarakkan kontroversi itu dengan banyak memberi temu bual media terutama dengan media medium bahasa Melayu tempatan. Natijah daripada post Zabidi telah mengakibatkan serangan luar talian dan siasatan terhadap pasukan Mentega Terbang.

Siaran media sosial Zabidi telah menjerumus kepada siasatan oleh pelbagai agensi kerajaan, ancaman bunuh dan kerosakan harta benda terhadap pasukan Mentega Terbang. Pada 10 dan 14 Mac, pihak polis telah memanggil beberapa individu yang bersangkut paut dengan filem Mentega Terbang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk disoal siasat. Pada 16 Mac, kereta Khairi Anwar, pengarah dan Arjun Thanaraju, pelakon telah disimbah dengan cat, dan dalam kes Thanaraju, bahan menghakis (asid). Penyerang juga meninggalkan surat layang yang mengancam keselamatan Khairi dan Thanaraju serta keluarga mereka. Manakala Khairi pula menerima sms daripada nombor tidak dikenali yang mengatakan bahawa kali ini keretanya yang diserang tetapi lain kali mereka akan merempuhnya menggunakan kereta.

Apa tindakan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan?

Media sosial dan laporan polis adalah satu-satunya cara rakyat Malaysia menyalurkan rasa amarah mereka terhadap kandungan kreatif yang mereka rasa menyinggung perasaan. Dengan mewujudkan mekanisme aduan rasmi yang mengawasi aduan tentang kandungan kreatif secara profesional dan telus boleh membantu mengelakkan insiden gangguan pada masa hadapan. Kerajaan harus membuat lebih banyak inisiatif untuk memastikan artis dan pembikin filem dilindungi.

Kerajaan wajib mewujudkan saluran untuk menyegerakan tinjauan ancaman terhadap artis dan pembela hak asasi manusia dengan persatuan sivil di Malaysia. Penglibatan dengan persatuan sivil ini akan membolehkan kerajaan memahami dengan lebih baik nuansa serangan yang disasarkan terhadap artis dan orang lain di Malaysia.

Di Malaysia, terdapat beberapa undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara. Di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Media (AKM): “apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain” adalah dilarang. Manakala Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan membabitkan “kenyataan-kenyataan yang membawa khianat awam”. Seksyen 298A(1) ) melarang “…menyebabkan, dsb., ketidak harmonian, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau memudaratkan, dsb., pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama”.

Seksyen 298A(1) dan 505(b) Kanun Keseksaan dan AKM melanggar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Mereka gagal untuk melindungi matlamat yang sah dan merupakan undang-undang arbitrari dan tidak jelas, menyebabkan ianya terbuka kepada amalan yang bersifat diskriminasi. Tambahan pula, Kanun Keseksaan dan AKM membawa hukuman jenayah yang berat dan mengenakan hukuman penjara ke atas sifat bersuara yang tidak tertumpu, dan ia melanggar hak kebebasan bersuara. Peruntukan undang-undang yang dibincangkan di atas telah mengakibatkan kerajaan Malaysia untuk menapis perbahasan, mewujudkan iklim rasa takut yang menyekat kenikmatan kebebasan bersuara, dan kebebasan beragama atau kepercayaan, dan keupayaan untuk terlibat dalam wacana awam dan dialog yang sihat tentang agama. Baca lebih lanjut mengenai undang-undang penghujatan Malaysia di sini.

Apa yang ANDA boleh lakukan?

Ingati Corak Hasutan! Jangan menyumbang kepada kebencian dan kemudaratan terhadap orang lain walaupun anda rasa tersinggung dengan kenyataan mereka. Kebebasan bersuara tidak termasuk kebebasan untuk membuat ancaman keganasan.

Sikap berdiam diri akan membiasakan tingkah laku ganas. Sertai kami dalam menolak gangguan dan ikuti seruan kami untuk ruang yang lebih selamat untuk seni. Tandatangani petisyen ini.

Menyatakan bahawa anda mahu dia menyuarakan rasa tidak sokong akan gangguan terhadap para artis. Menurut Artikel 19, pegawai awam dan wakil rakyat memainkan peranan penting dalam menamatkan ucapan kebencian. Mari jadikan Ahli Parlimen berkhidmat untuk kita!

Pengarah teater berjudul “Sex in Georgetown City” yang telah menimbulkan kontroversi dan diharamkan di Pulau Pinang, Fa Abdul, telah menulis sebuah op-ed bertajuk “Mollycoddling extremists“. Sementara kulit buku dengan lukisan di atas jata negara telah diharamkan kerana didakwa melanggar undang-undang Malaysia yang melarang penggunaan “tidak wajar” jata negara.

Baca lebih lanjut tentang kontroversi mengenai Mentega Terbang dan penapisan filem, serta sebab-sebab lain mengapa industri filem Malaysia bergelut untuk berjaya.

Facebook telah gagal untuk memadam komen yang membuat ugutan bunuh secara jelas terhadap pasukan Mentega Terbang, walaupun komen ini melanggar garis panduan komuniti platform mereka. Tuntut Facebook untuk konsisten mentafsir garis panduan komunitinya sendiri, dan menghapuskan komen-komen berbentuk ancaman dan mengandungi kandungan yang biadab.

Berikut ialah panduan daripada Artikel 19 yang menerangkan ‘ucapan kebencian’ dan cara untuk memeranginya. Anda juga boleh membaca lebih lanjut tentang ucapan benci di sini.

Sumber Untuk Pengkarya

ANALISIS RISIKO

The Defender’s Protocol
- Panduan keselamatan holistik untuk menilai keselamatan fizikal dan digital.

KIT PANDUAN GANGGUAN DALAM TALIAN

Garis Panduan Sumber Keganasan Berasaskan Jantina Dalam Talian
- Panduan untuk mangsa yang terselamat daripada keganasan berasaskan jantina dalam talian dan mereka yang ingin membina ruang dalam talian yang lebih selamat.

Panduan Pertolongan Cemas Digital
- Sumber percuma untuk membantu responden pantas, jurulatih keselamatan digital dan aktivis yang mahir teknologi untuk melindungi diri mereka dan komuniti yang mereka sokong dengan lebih baik daripada jenis kecemasan digital yang umum.

Tech Care: Panduan langkah demi langkah untuk menyediakan sokongan digital untuk persatuan sivil
- Arahan untuk aliran kerja dan prosedur untuk meja bantuan keselamatan digital.

DANA TINDAK BALAS SEGERA

Dana Kecemasan Insiden Digital Defenders
- Meliputi penggantian perkakasan/perisian, membeli perisian/perkakasan yang lebih selamat, langkah keselamatan fizikal dan langkah untuk menangani kesan psikologi dan psikososial.

Dana Pertahananan Undang-undang
- Pengkarya yang terancam di Malaysia boleh menghantar e-mel kepada [email protected] untuk mendapatkan bantuan dengan pembelaan undang-undang.

BIASISWA (FELLOWSHIPS)

Dana Perlindungan Pengkarya IIE
- Persahabatan yang diberikan setiap enam bulan kepada pengkarya yang menghadapi ancaman.

#RuangSelamatUntukBerkarya

Analisis tambahan daripada: Article19