Kami Pun Ada Hak Bersekolah: Wanita Orang Asli Bersuara

Kompilasi kisah-kisah peribadi yang ditulis oleh 18 wanita muda Orang Asli

RM15.00

Diterbitkan oleh Freedom Film Network

Lapan belas cerita pendek yang ditulis sendiri oleh belia wanita orang asli memaparkan pengalaman peribadi dan cabaran yang mereka alami di zaman persekolahan.Cerita-cerita ini dihasilkan melalui kaedah ‘participatory’ dan ekspresi kreatif.

Cerita mereka mendedahkan realiti kehidupan masyarakat Orang Asli yang kurang di ketahui oleh masyarakat umum dan penggubal dasar. Kisah mereka juga meliputi aspirasi mereka serta cadangan-cadangan untuk memperbaiki keadaan pendidikan untuk pelajar-pelajar Orang Asli. Para belia wanita Orang Asli ini berani tampil ke hadapan untuk berkongsi cerita mereka dengan harapan suara mereka didengari.

Penulis:
Azie Suzana A/P Ibrahim, Diana A/P Kam Pak Ching, Eda Binti Anjang, Elia A/P Yok Jamah, Han Rusan A/P Yok Lot, Maranisnie Binti Mohsein, Nabila Binti Aris, Nur Wisi A/P Bah Itam, Nora Binti Kantin, Noraini A/P Bah Itam, Rosdila Ngah Roslan, Rosita Binti Dollah, Siti Fida A/P Tan Kok Tow, Sylvia Ordina A/P Othman, Tahrina A/P Uda, Wak Suri A/P Yok Segera, Yaliyana Binti Lenab, Zafiraroza A/P Ah Soon,

Ilustrator:
Airene Binti July, Han Rusan A/P Yok Lot, Lydiesa Binti July