Kami Pun Ada Hak Bersekolah: Wanita Orang Asli Bersuara” yang merupakan kompilasi kisah-kisah peribadi yang ditulis oleh 18 wanita muda Orang Asli. Kisah ini menceritakan pengalaman peribadi mereka mendepani cabaran berkaitan pendidikan dan impian serta aspirasi mereka.

Buat pertama kalinya buku seumpama ini diterbitkan, bertujuan untuk memberi dan menguatkan suara wanita muda Orang Asli. Cerita peribadi mereka memberikan kefahaman kepada kita tentang cabaran dan berkemungkinan membantu mencari penyelesaian untuk memberi sokongan yang lebih baik kepada komuniti Orang Asli di Malaysia. Cerita ini menyorot cabaran yang dihadapi oleh mereka seperti dibuli,kemiskinan, dan kekurangan akses untuk ke sekolah dan infrastruktur yang lebih baik. Sesetengah cerita juga menjadi saksi ketabahan dan kecekalan wanita-wanita muda ini menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.

Klik di [SINI] untuk mendapatkan satu salinan buku “Kami Pun Ada Hak Bersekolah: Wanita Orang Asli Bersuara”

Pin It on Pinterest