Panggilan Penyertaan

Geran untuk Filem Dokumentari
dan Penyertaan Filem

FreedomFilmFest edisi yang ke-20 akan berlangsung pada tahun 2024! Kami mahu anda hantar penyertaan untuk dapatkan Geran Filem Dokumentari dan juga karya filem sedia ada yang selari dengan tema “Why Freedom?“.

Kami sedang mencari cerita-cerita kreatif yang menyentuh tema kebebasan dan pentingnya kebebasan dalam semua aspek kehidupan kita. Apa pentingnya kebebasan untuk kita menjadi manusia yang baik secara keseluruhannya? Apakah yang akan terjadi kepada persekitaran kita sekiranya kebebasan kita disekat?

Hantar cerita anda kepada kami sekarang! Jom beri inspirasi kepada semua dan sama-sama kita memperjuangkan keamanan, maruah dan hak asasi manusia tanpa mengira warna kulit, agama atau kepercayaan.

Call for entries for Film Grant Proposals and Completed Films for the theme "Why Freedom?" for FreedomFilmFest 2024. Deadline for film grant proposal submission is 10 June 2023 and deadline for complete films submission is 1 March 2024.