Play Video

BEBASKAN FILEM
Merdekakan minda rakyat

Bebaskan Filem, Merdekakan Minda Rakyat adalah kempen bagi memberi kebebasan kepada pembikin filem, karyawan dan masyarakat Malaysia untuk berkarya, bersuara, berfikir dan berinteraksi secara kreatif, kritis, matang dan ilmiah melalui filem. Kebebasan ini hanya boleh wujud apabila sistem penapisan filem tanah air diubah.

Kami mahu sistem penapisan filem diubah supaya

  • Filem boleh mengandungi suara, ideologi dan kisah yang mencerminkan kepelbagaian dan kerencaman realiti dan komuniti di Malaysia.
  • Pembikin filem, karyawan dan penghasil kandungan dapat menyuarakan kreativiti dan idea mereka tanpa tunduk kepada kehendak penguasa.
  • Pembikin filem diberikan taraf yang sama dengan karyawan yang lain seperti pemuzik, penulis dan pelukis yang boleh menerbitkan karya mereka tanpa ditapis oleh pihak kerajaan.
  • Penonton boleh memilih apa yang dapat ditonton di panggung berdasarkan umur mereka. Ibubapa dapat memilih kandungan yang paling sesuai untuk anak-anak mereka.
  • Masyarakat Malaysia didedahkan kepada kepelbagaian perspektif dan idea bagi meluaskan pemikiran supaya mereka dapat menjadi warga dunia yang lebih baik.

MASALAH SISTEM PENAPISAN FILEM SEKARANG

Sistem penapisan filem dan anda

Ketahui bagaimana Akta Penapisan Filem mengekang anda sebagai pembikin filem.

Minxi Chua, filmmaker of Bila Kami Bersatu speaking on her experience in Muar, Johor

Suara pengkarya tentang penapisan

Dengar daripada mereka yang bergelut dengan sistem penapisan filem dan kesannya terhadap industri filem di Malaysia, dan kenapa sistem ini perlu diubah.

Tonton, kongsi dan bincang.

Kisah kebangkitan pembikin filem “indie” yang veteran, Nasir Jani, sebagai suara pengkarya yang menentang korupsi, cetak rompak dan penapisan sehingga digam oleh penguasa zaman Mahathirisme. Sebuah karya yang dihasilkan FFN bagi mencetus perbualan tentang penapisan filem.

Kami terbuka untuk menganjurkan sesi tayangan dan diskusi dengan pertubuhan, kelab dan kumpulan peminat filem.

Play Video

Survey on censorship

Survey on Censorship

Bebaskan Filem, Merdekakan Minda Rakyat is a campaign to allow filmmakers, creative content creators and Malaysian audiences the FREEDOM to think, explore, experiment, express and engage with one another.

The data and feedback that we receive from this survey will help us create a groundswell to enact real change to achieve our campaign’s aims. Thank you for your participation and support.