Sarawak IP group harness FFN’s social impact grant to strengthen their claims on their ancestral land through film.

Category
Tags
Share

Indigenous People rights NGO, Society for Rights of Indigenous People of Sarawak (SCRIPS) was one of the recipients of Freedom Film Network’s social impact grant for civil society organisations (CSOs) to use film to strengthen the advocacy of their cause.  They were awarded the sum of RM50,000 to make a film and to subsequently use the film within a strategic plan that supports the ongoing work and mission of SCRIPS. 

Here is an interview with Gebril Atong, from SCRIPS who was a key person in the production of their film ‘Baliu Kano Kai’ (Ancestral Domain of the Punan Bah / Wilayah Adat Punan Bah). ‘Baliu Kano Kai‘ premiered at FreedomFilmFest 2022 in September recently.

Social Impact Grant
This inaugural grant is to support civil society organisations (CSOs) in using social films as a key element in their social impact strategies.

This grant was awarded to 3 CSOs that are working on education, customary land rights and mental health respectively.

Applications for the next grant is now open.
Deadline: 31 October 2022

What can you share with our friends about SCRIPS?

We are the Society for Rights of Indigenous People of Sarawak (SCRIPS), a community-based organisation founded in 2008 by a group of indigenous rights activists. We work collectively to protect and defend the rights of Indigenous people in Sarawak. We believe that the Indigenous people of Sarawak should be empowered to participate in decisions that affect their individual and collective rights. 

The Orang Asal should be given the right to self-determination, to develop their communities sustainably; to raise their standard of living above the poverty level; and so that their cultural identities, basic human rights, and issues related to the conservation of natural resources, are given due respect.

Kami adalah Pertubuhan Hak Asasi Orang Asal Sarawak (SCRIPS), sebuah organisasi masyarakat yang ditubuhkan pada 2008 oleh sekumpulan aktivis Orang Asal. Tujuan penubuhan organisasi ini adalah untuk wujudkan kerjasama untuk mempertahankan dan melindungi hak Orang Asal di Sarawak. Kami percaya bahawa Orang Asal di Sarawak harus diberi kuasa untuk terlibat dalam sebarang keputusan yang akan memberi kesan kepada hak mereka secara individu dan sebagai satu komuniti.

Kami mahu Orang Asal diberi hak penentuan kendiri untuk membangunkan komuniti mereka, meningkatkan taraf kehidupan mereka supaya keluar dari kelompok kemiskinan, dan dihormati dari segi budaya dan hak asasi, dan juga isu-isu pemeliharaan sumber semulajadi.

Why is this project important to your community?

We want to make a film that documents the efforts of my community in Punan Bah, Belaga to reclaim our ancestral land. We also want to use the film to encourage more communities to document their own oral histories as it was instrumental in helping my community in our court case against the Sarawak government.

Kami mahu menghasilkan filem yang mendokumentasi usaha komuniti saya di Punan Bah, Belaga menuntut tanah adat kami. Kami mahu menggunakan filem ini untuk mengalakkan lebih banyak komuniti untuk mendokumentasi sejarah lisan mereka kerana melalui pengalaman kami sendiri ia antara faktor utama yang membantu komuniti saya menuntut hak kami di mahkamah melawan kerajaan negeri Sarawak.

Can you share with us your experience of making the film?

We had 2 filming trips in Punan Ba village and Bintulu, where each trip took 6 days. The first shoot was in January 2022, followed by the second one in June. Our relatives and friends supported us and participated in both the shoots. In the film, we aimed to show the importance of our customs, our territory, and the natural resources to us. Among the scenes we filmed were rafting trips on the Ba River, fishing activities, riverside picnics, and an overnight stay in the forest. We did everything together as a community. I was deeply moved that the villagers who support our fight were willing to be with us throughout the entire shoot despite having work and other commitments.

I learned to be focused and patient when filming a scene. We have to be ready to film at anytime and I need to understand the purpose of each scene. This will help us to film scenes that will be engaging to our audience. I also learned about the technical aspects of filming such as shooting angles, frame composition, audio recording and others. I learned how to fly drones and this will help us in the community mapping documentation.

The villagers, especially those who are fighting to defend the rights to our land, had worked closely together to produce this film. Despite the long wait for the court’s decision on our ancestral land and rights, the villagers spirit to keep fighting is still strong. Thank you to my friends and relatives who were involved and worked together in this production. Thank you also to Michael Jok, Albert, Ashly.

Penggambaran mengambil masa 6 hari setiap trip, ke Kampung Punan Ba dan Bintulu. Kami membuat penggambaran dua kali – kali pertama pada bulan Januari. Kali kedua pada bulan Jun. Sepanjang penggambaran, saudara-mara dan rakan-rakan yang menyokong perjuangan kami mengambil bahagian dalam penggambaran. Kami ingin menunjukkan kepentingan adat, wilayah dan sumber-sumber alam kepada kami. Antara babak yang kami rakamkan ialah perjalanan melalui Sungai Ba dan aktiviti menangkap ikan, berkelah di tepi sungai, dan bermalam di kebun. Semua ini kita lakukan bersama sebagai sebuah komuniti. Saya sangat terharu kerana orang kampung yang menyokong perjuangan kami sanggup bersama kami sepanjang penggambaran walaupun masing-masing ada kerja dan komitmen lain.

Dalam penggambaran ini, saya belajar bahawa mempunyai fokus dan kesabaran semasa dalam sesuatu penggambaran. Kami perlu sentiasa bersedia untuk merakam, memberi tumpuan dan fahami tujuan babak yang kami rakam. Ini penting untuk kita mendapatkan babak atau scene yang menarik. Saya juga belajar tentang aspek teknikal penggambaran seperti angle, komposisi, audio dan sebagainya. Selain itu, saya juga belajar cara menerbangkan dron – ini akan membantu kami dalam dokumentasi pemetaan komuniti juga.

Kerjasama erat antara penduduk kampung dalam pembikinan filem ini terutamanya mereka yang berjuang mempertahankan tanah mereka. Semangat mereka masih kukuh walaupun sudah lama menunggu keputusan mahkamah. Terima kasih kepada rakan-rakan dan saudara mara yang terlibat dan beri kerjasama. Terima kasih juga kepada Michael Jok dari SCRIPS, Albert, Ashly.

You were at the film premiere in FreedomFilmFest. Tell us your impression and response of the audience to the film?

We had great response and support at the screening of ‘Baliu Kano Kai’. We had a full house. I was emotional as there are many Malaysians who care and are interested to know about issues faced by the Indigenous people.  Several audience approached me after the screening and encouraged me to keep fighting and to not give up. Some audience also shared about other communities in Sarawak who are facing similar issues. I felt proud because I was able to meet other activists who are fighting for a variety of different causes in Malaysia. This fueled my spirit to keep fighting for my community.

Sambutan sangat baik dan sangat ramai yang datang sehingga PJLA penuh. Rasa terharu kerana ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk mengetahui tentang kesusahan rakyat terutamanya masyarakat pedalaman. Lepas tayangan ada penonton yang datang berjumpa untuk cakap – teruskan perjuangan. Ada yang bagi semangat, ada yang cakap mereka juga tahu isu kami memang berlaku di tempat lain di Sarawak . Sangat bangga juga kerana dapat jumpa dengan para aktivis lain yang berjuang dalam pelbagai isu untuk negara Malaysia. Ini turut membakar semangat saya untuk terus berjuang.

What is the plan now to use or screen the film?

This film will be screened during various programmes such as seminars and trainings which are organised by SCRIPS. We will screen this film to our participants. We will also screen the film in villages that are facing similar issues to raise awareness, to inspire and to unite the villagers.

Filem ini akan diguna pakai dan ditayang semasa program-program – seminar, latihan yang dianjurkan oleh SCRIPS. Filem ini akan ditayangkan kepada peserta-peserta. Kami juga akan pergi ke kampung-kampung lain di Sarawak yang menghadapi isu yang sama untuk memberi kesedaran kepada orang kampung dan juga untuk memberi semangat kepada mereka dan juga untuk menyatu-padukan orang kampung.

What do you hope to achieve with the screenings?

We have high hopes in our quest for Orang Asal of Sarawak to be aware of their rights and the importance of their customs. We hope they become citizens that are able to contribute to the development of our country. We do not want to be seen as Indigenous people who are a burden to the nation. We want to also highlight the government’s unjust treatment of Orang Asal. The land is our asset and I hope that our rights are recognised and the Orang Asal will have the awareness of our rights. I also hope that there will be more films about the Orang Asal community because Sarawak has more than 30 Orang Asal tribes and each community has its own story that needs to be heard.

Harapan kami sangat besar, kami mahu Orang Asal Sarawak sedar tentang hak mereka, kepentingan adat mereka. Agar mereka menjadi rakyat yang maju dan menyumbang kepada kemajuan negara. Kita tidak mahu anggapan serong dan negatif orang luar bahawa Orang Asal dan juga penduduk pedalaman sebagai beban, begitu juga layanan tidak adil kerajaan terhadap Orang Asal. Tanah adalah aset Orang Asal dan diharap hak mereka diiktiraf dan Orang Asal sedar akan perkara ini. Saya juga harap filem-filem tentang komuniti Orang Asal sebegini akan dihasilkan dengan lebih banyak untuk memberikan suara kepada komuniti Orang Asal lain kerana Sarawak ada lebih 30 suku kaum Orang Asal dan setiap komuniti ada cerita masing-masing yang perlu disuarakan.

What’s your advice to CSOs who are thinking of applying for this social impact grant?

I would encourage CSOs in Sarawak or from other states in Malaysia to apply for this social impact grant to especially spotlight critical issues faced by communities which are hardly addressed. CSOs can be more creative in their advocacy strategies and include the use films as a tool in their campaigns.

Saya harap lebih banyak CSO di Sarawak atau negeri lain di Malaysia yang akan memohon geran ini untuk menonjolkan masalah dan isu yang jarang didedahkan oleh komuniti sendiri. Saya harap CSO yang minat untuk apply agar mereka mendalami isu yang mereka ingin bawa dan prihatin dalam perjuangan ini. Saya harap CSO-CSO yang ada supaya lebih kreatif dalam mempelbagaikan kaedah mereka seperti menggunakan filem pendek seperti ini.


Read about our other Social Impact Grant winner, PLUHO where they intend to use film to engage with therapists on LGBTQ mental health.

Related News & Stories